SELAMAT DATANG KE SELANGOR FC SOCCER SCHOOLS
Program Pembangunan Akar Umbi Selangor FC

Selangor FC Soccer Schools adalah program yang komited untuk memperkenalkan anak anda kepada sukan bola sepak. Program Soccer Schools bertujuan untuk menjadi langkah pertama dalam perjalanan pembangunan bola sepak serta sukan kepada anak anda. Melalui program Soccer Schools, kami di Selangor FC bertujuan untuk mendedahkan anak anda kepada latihan bola sepak akar umbi yang melibatkan mereka mempelajari kemahiran teknikal asas serta aspek pemikiran (thinkin) dan penyelesaian masalah (decision making/problem solving) dalam permainan bola sepak.

Program Soccer Schools menyediakan langkah pertama yang sangat penting dalam perjalanan pengembangan bakat yang kompleks dan melibatkan proses jangka masa panjang. Langkah pertama perkembangan bola sepak mestilah bebas dari tekanan untuk memastikan anak anda berkembang dengan selamat mengikut keperluan perkembangan mereka (fizikal & psikososial). Kami ingin memastikan anak anda menikmati dan sentiasa menantikan setiap sesi bola sepak di sesi mingguan Selangor FC Soccer Schools di sekolah anak anda.

Apabila anda mendaftarkan anak anda ke program Selangor FC Soccer Schools, anak anda akan diberi pengalaman latihan sertan bermain bola sepak berkualiti tinggi yang melibatkan semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, tahap kemampuan, bangsa, atau agama. Kami sangat percaya bahawa selain mengembangkan kemahiran bola sepak, program Soccer Schools juga bertujuan untuk mengembangkan modal insan holistik yang akan menjadi penyumbang dan pemimpin masa depan dengan nilai-nilai yang baik untuk komuniti serta negara.

Misi kami

Untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak muda melalui pendedahan kepada sukan bola sepak. Kami yakin melalui program ini anak anada akan didedahkan kepada latihan bola sepak yang berkualiti tinggi yang fokus kepada keperluan pembangunan kanak-kanak & sesuai dengan amalan terbaik pengembangan bakat kanak-kanak. Untuk mewujudkan platform yang selamat & inklusif untuk semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, etnik, agama, latar belakang budaya dan kemampuan.

Visi Kami

Program Soccer Schools komited untuk menjadi platform yang menyediakan "langkah pertama" bagi setiap anak yang menyertai program ini untuk mengembangkan bakat bola sepak dan menjadi bakat muda masa depan Selangor FC. Melalui program ini, kami BESAR memastikan setiap anak dikembangkan menjadi manusia yang berkebolehan serta holistik.

PENCETUS IDEA

SEPATAH DUA KATA DARI PENGARAH TEKNIKAL,
MICHAEL FRENCSHTENBEINER

Bola sepak merupakan salah satu sukan yang popular di Malaysia mahupun di dunia. Pembangunan bakat adalah proses yang kompleks & menagambil jangka masa yang panjang untuk sesebuah kelab bola sepak profesional seperti kami. Program Soccer Schools adalah langkah pertama di mana anak anda didedahkan kepada sukan serta permainan bola sepak. Kami di Selangor FC melalui program Soccer Schools ingin menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup & bola sepak anak anda. Sertai program Soccer Schools Selangor FC di sekolah anda sekarang dan saya berharap saya dapat bejumpa anda di sana dalam masa terdekat.

DAFTAR SEKARANG

INFO SOCCER SCHOOLS

Kami komited dalam mengembangkan bakat bola sepak yang berkualiti untuk pasukan elit kami. Program Soccer Schools adalah komponen (blok bangunan asas) pertama dalam pyramid pembangunan bakat muda Selangor FC yang sistematik, komprehensif, dan strategik, melalui Homegrown Pathway yang unik kepada kelab bola sepak kami. Melalui proses pembangunan Homegrown Pathway ini, kami percaya bahawa perjalanan untuk mana-mana bakat muda berbakat (The Little Giants) akan lancar dan jelas dari peringkat akar umbi hingga ke skuad muda kami dan hingga ke pasukan Elite kami. Bakat masa depan yang berpotensi berkualiti tinggi dalam program Soccer Schools kami akan dikenal pasti dan disalurkan ke atas pyramid pembangunan Homegrown Pathway.

Proses pembangunan melalui pyramid pembangunan bakat (homegrown pathway) kami diperbuat daripada dua komponen (Elite Pathway & Amateur Pathway) yang menyediakan ekosistem yang cukup besar dan luas untuk bakat berkualiti tinggi dengan potensi yang baik untuk terus bermain dengan kompetitif pada setiap tahap. Ini akan memberi masa kepada kita untuk memberikan masa untuk bakat matang dan mengurangkan bilangan bakat yang berpotensi tinggi hilang dari permainan bola sepak.